Biar dia tahu
Thursday 6 December 2012
KG. Kerinchi- Bkt Jalil- Bangi- Megan Avenue 1
Thursday 29 November 2012
MY's konvokesyen day
Tq Mek n Ayoh sb byak bg sokongan. Sayang korang...
Ni la antara pic yg Sempat d snap ms majlis konvo...
mY's Mek..
sy dgn sis...
Pose skema!!!
mY's Bff..
mY's Family
Family Saya!!!
Tuesday 7 August 2012
mY hOpe!!!!!!!
angan2 jew la...
1 benda kena belajar sekarang.
First and Last, smua benda dkat dunia ni kita perlu hadapi KENYATAAN... xkira sape pon kita dan apa pangkat pon, kita perlu Settle masalah dan hadapi Kenyataan...
Tuhan berikan kita ujian yang xmelebihi kemampuan kita. Tuhan selalu menguji manusia untuk buat kita berfikir. Tiap2 benda yg berlaku ada hikmah d sbalik nya. Saya arap saya makin kuat menjalani kehidupan sehari2...Smua nyer tentang My hOpe.
p/s: ingatan utk diri sendiri
Wednesday 11 July 2012
Semoga dia Berbahagia...
my adik kembar posing dengan hantaran
biler la plak giliran kami kan...??????
kami plak coming soon ok........
p/s:Hidup baik2
Thursday 21 June 2012
Tesis oh tesis....
After the viva day
Selepas bertungkus-lumus & kerja keras, dapat la sempurna tesis yang siap di jilid. Jenuh jgk la dok edit2, dok tukar2 mcam2...smpai 1 tahap 2 blh plak silap jilid..Dah silap 2 msti jgk kena betulkan sblum submit.Perit btoi la...Hanya semata2 utk mu tesis.
Ni la antara hasil kerja saya n kawan2..Dah penat2 buat kn...so kami ape lagi, photo time la ni...sb 2 la byak sgt tesis mcm kat atas ni lah. Kerja kami dah siap ok.
Wish...smua nyer lulus ngn CEMERLANG ok!!!!
P/s: thanks smua sepanjang tempoh saya dok siapkn tesis ni...terutama pada 'abah' ku En Abu, to all my friend (bdak2 rumah sewa, maisarah mat dom y dok bagi new shedule pada kawan mu ni...), to mek ayah(sayang korang), smua lah..Thanks because always gives your support. Thanks you.......
Thanks for Eveything
Sunday 17 June 2012
BAZAR @7, s.alam
Sebenar nyer kn...saya sempat la keje kat bazar@7 ni...(umm dlm 2 bulan lebih jgk la)...Kejer sbgai aper ek????msti la as sales girl gitu...heee.glamour la sgt tuh...Cari duit pnyer psai kn...xpe2 .pnglman tuh!!
Haaa...sempat lgi posing tu...xpe2..ms ni customer xda...klu posing ms customer ada mesti kena pelangkung ngn bos pnyer lah...heeee.ni la antara org y keje skali kat kdai...p kami keje ngn bos lain2 la...bdak2 kecik 2 plak anak kakak kdai depan...kecik2 pon dh pndai posing.
Sebelah kdai comel kak ana ada kdai pakaian muslim...Jubah ada, tudung pon ada.....Owner kdai ni pon nama ana jgak...Tp kami pggil datin ana manis...sb owner dye btul2 manis..comel lote gtu...
Miror miror on the world ...heeeeee
Bdak pkai cermin mata 2 nm dye tia...kat tgh 2 saya ler...y pling kanan plak nm kak ita...Kak ita ni salah sorang owner kedai dalam bazar@7 ni...kedai dye ada jual mcm2 jnis pakaian bdak2 (y bdak2 td 2 anak kak ita la...heee)
Gedik nyer bdak2 ni...
me & suzie: dlu masa keje kat sna sllu nyer kami berdua pegi keje jalan kaki jer...Almaklumlah rumah dekat jer ngn kdai. Tp kekadg kami rempit...suzie drive ler (wlpon xda lesen)..arapkan aku memg xla..drive keta boleh ler...motor jgn arap ler....heee...
Byak btoi la kenangan selama keje dkat sna...wahh..Dlu Uitm di hatiKu (skarang still sama)...skarang tambah 1 lagi..mesti la Bazar @ 7 dihatiku la...hahahhah...
P/s: Pengalaman akan banyak mengajar aku tentang erti hidup y sebenar...Banyak lagi aku akan tempoh ni...Ya Allah...Engkau tabahkan lah aku dalam menempuh perjalanan idup ini...Amin....
Wednesday 23 May 2012
ViVa day's
Seksa tul jiwa raga slama tempoh nak tggu turn masuk presentation....hanya Tuhan jer taw... tapi dengan izin dari Nya, smua berjalan lancar...Wlaupon first2 terketar2..Almaklumlah sy ni nikan ada darah gemuruh...nasib xpengsan depan penal jew...kira orait la 2...
Hope smua nyer settle ngn cemerlang la...for my 'abah', plz bagi markah byak2 okey...jasa mu akan ku kenang....Tq for my housemate...support sesama kita okeh...Jom sama2 kita kejar impian...Wish Good Luck for my future okeh...!!!!!!!
Sunday 15 April 2012
Sister's Akad Nikah Day
selangkah melangkah !!!
Tuesday 28 February 2012
Mereka 'd' Hatiku ;-)
Selamat membina kerjaya kepada my bff.Good Luck. and Doing all the best ok!!!!
at ict shah alam
dapat hadiah kenangan drpd najwa
friendship forever ok!!!
Jalan Kehidupan
Saturday 11 February 2012
Usaha Tangga boleh KonVo!!!
Tuesday 17 January 2012
sEnyaP jer....
Sunday 1 January 2012
PANDUAN SOLAT ISTIKHARAH
Solat Sunnat Istikharah
Solat ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam keraguan memutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara yang diragukan. Jika timbul keraguan dalam hati untuk memilih atau mengambil keputusan dalam sesuatu perkara, contohnya: apakah aku harus menolak atau menerima? Keraguan makin terasa, keputusan tidak dapat dipastikan setelah melihat masing-masing ada kelebihan dan keburukannya.
Oleh yang demikian, hendaklah menyerahkan pada Yang Maha Kuasa untuk memilihnya. Sebelum seseorang mengambil keputusan ia dianjurkan solat istikharah dua rakaat.
Dengan mengharapkan agar ditunjukkan Allah untuk mendapatkan pilihan yang terbaik. Jika keraguan masih mempengaruhi fikiran untuk menentukan pilihan, ulangilah solat istikharah dan membaca doanya, walaupun pengulangan sampai 7 kali berturut-turut. Selepas itu, bertawakkal kepada Allah, pilihlah salah satu daripadanya, ambillah yang mana arah ‘hati’ lebih cenderung setelah berdoa. Jangan menimbulkan lagi keraguan, yakinlah bahawa itu adalah pilihan terbaik dari yang Maha Kuasa.
Jangan merasa kecewa andai ternyata dalam keputusan yang dipilih menimbulkan keinginan yang tidak disukai. Ingatlah bahawa ini adalah yang telah digariskan pada azali yang tidak dapat dielakkan, besar kemungkinan mengandungi hikmah, membawa kebaikan dimasa akan datang, hendaklah tetap mempunyai husnuz-zan kepada Allah.
Tata Cara SOlat Istikharah
Tata cara solat istikharah lebih kurang sama dengan solat subuh, Hanya niatnya saja yang berlainan, iaitu berniat solat istikharah. dilaksanakan sebelum tidur ataupun setelah bangun tidur. Sangat baik dilakukan sesudah lewat tengah malam disaat sunyi, supaya hati lebih khusyuk dalam mengemukakan permohonan kepada Allah. Solat ini sangat peribadi sifatnya. Sebab itu harus dikerjakan sendirian. Solat ini tidak memakai azan atau iqamah.
Lafaz niat:-
Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala
Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala
Rakaat pertama-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun
Rakaat kedua-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas
Selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah.
Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya: “Ya Allah, jika hal ini….(sebutkan namanya)”
Doa istikharah
Setelah selesai solat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:
Allaahumma inni astakhiiruka bi’ilmika, wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata’lamu wa laa a’lamu, wa anta allaamul ghuyuub.
Allaahumma inkunta ta’lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama’aasyii wa ‘aaqibati amrii, ‘aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta ta’lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa ma’aasyii wa ‘aaqibatu amrii ‘aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni ‘anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka ‘alaa kulli syai-in qadiir
Ertinya:-
“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.
Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.
Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”
P/s: Smoga setiap keputusan kita diredai DIA....
ingat & lupakan
1. InGat keBaiKan ORg kPDmu
2. InGAt kESalaHanMu kPD mRk....
LUPAKAN
1.LuPakaN KEsaLahan oRG Lain
2.LupaKan kEbAIKANmu kPD oRG LaIN......